Permaisuri dengan teks piramid Teks Piramid

teks piramid bukan sahaja ditemui dalam makam raja/firaun malah juga dalam makam permaisuri. Permaisuri Neith, isteri kepada Pepi II, ialah salah seorang daripada tiga permaisuri dari zaman wangsa ke-6 yang makamnya mengandungi teks piramid.[11] Dua lagi permaisuri (dianggap jug isteri Pepi II), Iput II dan Wedjebetni, juga mempunyai piramid dengan tulisan tetapi teks Permaisuri Neith berada dalam keadaan yang lebih elok.[2] Berbanding daripada makam firaun, susun atur dan struktur piramid permaisuri sebenarnya lebih ringkas. Walaupun begitu, susun atur tulisan amat serupa dengan makam firaun. Contohnya, Upacara Penjelmaan Semula berada di hujung timur pada dinding selatan. Oleh sebab piramid Neith tidak mempunyai sebarang bilik, banyak mantera yang sepatutnya ditulis sana ditulis pada dinding selatan.[11]

Teks-teks bagi Permaisuri Neith amat serupa dan berbeza daripada firaun punya dalam beberapa aspek. Seperti firaun punya, penggunaan kata rujuk orang pertama dan ketiga ada dalam kedua-dua teks piramid ini. Nama Neith digunakan dalam seluruh teks untuk khaskan ia kepada baginda permaisuri. Banyak kata ganti nama yang digunakan ialah maskulin, yang membezakan antara teks piramid firaun dan permaisuri, tetapi kata ganti nama feminin ada juga. Teks-teks ini uga mengandungi mantera dan ungkapan yang sepatutnya dibacakan oleh roh si mati dan juga oleh sesiapa sahaja yang merujuk kepadanya.[11]

Rujukan

WikiPedia: Teks Piramid https://www.ancient.eu/article/148/the-pyramid-tex... https://www.sofiatopia.org/maat/wenis.htm https://www.experience-ancient-egypt.com/egyptian-... https://books.google.com/books?id=6VBJeCoDdTUC&pg=... http://www.metmuseum.org/research/metpublications/... https://archive.org/details/chronicleofphara00clay https://archive.org/details/oxfordhisto00shaw https://archive.org/details/pyramidscomplete00vern https://www.egyptologyforum.org/bbs/Shmakov_Critic... https://www.lib.uchicago.edu/cgi-bin/eos/eos_title...